Itu tak kena. Ini pun tak kena.
Entah mengapa, mood aku jadi tidak menentu sekarang.
Pantang salah sahaja, terus aku memilih untuk berdiam.
Tidak punya keinginan untuk membuka mulut.
Bila keseorangan inginkan ada teman di sisi
Agar kesedihan itu dapat dilupakan sementara
Agar diri ini boleh merasakan gembira, bergelak ketawa
Bila ada teman di sisi ingin menyendiri pula
Agar kegembiraan itu tidak keterlaluan
Agar diri ini berpijak di bumi yang nyata
Hakikatnya,
Aku ingin melupakan kesedihan dalam diri aku
Aku ingin menghapuskan kedukaan itu
Aku ingin menggembirakan hidup aku
Aku ingin menceriakan hari hari aku
Tanpa berfikir tentang segala masalah dan dugaan hidup
Agar aku kelihatan kuat.
Namun,
Aku sebenarnya takut.
Takut untuk bergembira
Kerana risau jika gembira itu akan bertukar sedih
Jika bahagia itu bertukar duka.
Takut jika bahagia itu buat aku alpa.
Apa sebenarnya masalah aku?
Mungkin kerana aku terlalu merasa rendah diri
Dengan segala yang tak dapat aku miliki
Dengan segala kekurangan aku
Dengan segala dugaan yang aku hadapi
Rendah diri dengan diri aku sendiri.
Inilah hidup aku.
Kesedihan dan kegembiraan yang aku miliki
Membuatkan aku untuk menjadi seorang yang lebih kuat
Menjadi seorang yang lebih matang dan berdikari
Aku semakin lali dengan permainan dunia
Dunia yang sementara.
Aku pernah tersilap langkah.
Aku pernah digelapkan hati dengan permainan dunia.
Aku pernah jatuh tersungkur angkara kelekaan aku sendiri
Namun akhirnya aku mampu bangkit semula
Memperbetulkan semula niat aku, jalan kehidupan aku
Yang dulunya seperti golongan jahiliah.
Tuhan masih memberi aku peluang untuk melihat dan merenung kembali
Segala dosa dan kesilapan aku yang dulu
Aku bersyukur kerana diberi petunjuk dengan dugaan sebegitu
Jika tidak, mungkin sekarang aku makin jauh hanyut dengan duniawi.
Ampunkan segala khilafku wahai Tuhanku.
Jika dosa-dosa yang kita lakukan mengeluarkan bau
Betapa amat busuk baunya diri ini.
Ya Allah..
Hidupkanlah aku selama mana dunia ini masih baik untukku
Dan matikanlah aku apabila akhirat sana sudah cukup baik untukku.
Mati itu pasti.
Semakin hari kita semakin dekat pada tarikh kematian kita.
Aku tidak punya apa-apa kepentingan di dunia sementara ini
Tiada arah tuju yang perlu aku capai
Hanya akhirat sana yang kekal menjadi tujuan aku.
Hanya ingin berbakti kepada orang tuaku sehingga akhir hayat ku.
Namun bukan mudah untuk berubah.
Banyak yang perlu dipelajari.
Yang perlu dikorbankan.
Tidak mudah juga untuk istiqamah.
Kerana kemana kita pergi
Hasutan syaitan itu tidak pernah jauh dari kita.
Setidak-tidaknya, kita punya kesedaran dan mencuba
Ke arah yang lebih baik.
In shaa Allah..
Jika kita ingin berubah menjadi baik,
Allah akan hadirkan orang-orang yang baik di sekeliling kita.
Berusahalah. Istiqamahlah.
Dan aku sedar
Aku bukan seorang hambaMu yang solehah
Aku bukan seorang anak yang mithali
Aku bukan seorang teman yang baik
Aku bukan seorang manusia yang sempurna
Aku cuba untuk memperbaiki diri aku
Namun itu semua sangat tidak mudah.
Aku tidak tahu apa yang aku inginkan.
Apa yang tidak kena dengan aku.
Sesungguhnya, aku terlalu malu dengan orang2 disekelililing ku
Kerana terlalu banyak membebankan oang lain
Terlalu banyak menyusahkan mereka
Terlalu banyak kebaikan mereka pada aku
Namun aku tidak mampu membalas semua itu
Kerana aku tidak sebaik itu.
Aku malu dengan Tuhanku
Walaupun aku bukanlah seorang hamba yang utuh imannya
Seorang hamba yg punya banyak khilaf
Seorang hamba yang terkadang alpa
Seorang hamba yang hanya tahu meminta
Tapi tidak pula tahu membalas
Seorang hamba yang sering mempersoalkan takdir
Tapi tetap juga Tuhan melindungi aku
Mengkabulkan doa ku
Mengurniakan banyak nikmat pada aku
Walaupun aku rasa aku sebenarnya tidak layak untuk mendapatkan itu semua.
Tuhan iu Maha Pengasih dan Penyayang
Tetap juga Dia melindungi aku
Memberikan aku sedikit kebahagiaan dan nikmat
Di sebalik segala dugaan dan kesedihan dalam hidup aku
Agar aku tidak putus harap
Agar aku menjadi kuat
Agar aku sedar bahawa aku tidak keseorangan
Aku punya Dia yang sentiasa melindungi aku.
SubhanAllah.. Betapa malunya aku denganMu.
Syukur Alhamdulillah di atas segala pemberian itu Ya Tuhan.
Alangkah indahnya kalau dapat kita fahami bahawa
Setiap inci ujian yang kita alami
Adalah sentuhan kasih sayang daripada Allah.

Terasa lemah diri ini untuk meneruskan kehidupan
Sudah hilang semangat dan keyakinanku
Entah mengapa terasa berat sekali untuk aku memandang ke hadapan
Terasa seperti ingin berhenti di sini
Tidak mahu meletakkan sebarang harapan untuk masa depanku.
Ya. Aku akui, aku sudah penat mengejar dunia.
Dan sedikit putus harapan.
Oh Allah, when I lose my hopes and plans,
help me to remember that Your love for me is greater than my disappoinments
And Your plans for me are better than my dreams.
Ya Allah.. Teruskan memimpin aku.
Teruskan memberi petunjuk kepada aku.
Agar aku tidak terjatuh lagi.
Agar aku terus terusan menjadi kuat
Agar aku tidak merasa keseorangan.
Agar aku dapat merasakan ketenangan itu.
Ketenangan yang hakiki.
p/s: Al-Fatihah buat arwah Abah, satu-satunya lelaki yang bertakhta dalam hati aku buat selamanya. Terasa seperti dia tetap ada di sisi aku, melindungi aku walau kemana aku pergi. Damailah disana ayahanda. Suatu hari nanti, anakanda pasti menyusul ke sana jua.

No comments:
Post a Comment