Sehari selepas aku update blog agar Tuhan tunjukkan
keajaiban pada Abah supaya menyembuhkan Abah, Tuhan telah menarik nyawa Abah.
Innalillahiwainnailaihirajiun.. Al- Fatihah buat arwah Abah. Hari ni baru
sempat nak post pasal pemergian arwah abah which was on 29 December 2013.
Sesungguhnya kehilangan ini tersangat besar buat kami sekeluarga.
Masih jelas terbayang kat minda aku the day and the moment starting from my sis kol inform about the bad news.
Waktu tu aku tengah study kat library, lusa my first paper
for final exam Part 5. And aku tak study langsung lagi sebab sepanjang study
week, aku balik rumah tunggu Abah kt hospital bersama keluraga aku yg lain. Aku
ingat nak study betul2 la 3 hari before exam tu. Nak pulun habis2 la kononnya.
Tapi tak sempat nak pulun lagi, aku dapat khabar buruk tu. Masa tu aku nangis
dekat library, terus pack barang sambil nangis tanpa cakap sepatah pun kat
kawan2 aku. Dorang pun dengan blurnya tgk aku n ikut packing barang jugak sebab
dorg dah bleh agak apa yg berlaku.
Aku masa tu hanya tahu nangis je. Tak bleh nak berfikir.
Perlu ke aku balik. Kalo balik nak balik dengan apa. Kawan2 aku lah yg bersusah
payah cari tiket flight, kol kakak dia suruh tolong hantar aku ke airport.
Walhal masa tu aku tengah fikir lagi nak balik ke tidak. Tapi kawan2 suruh
jugak aku balik. Takot aku menyesal nanti tak dapat tengok wajah abah buat kali
terakhir. Memang aku nak sangat balik tapi aku risau pasal exam aku macam mana.
Dengan bantuan kawan2 yg sama2 kalut dengan aku, kami sampai kat Airport
Subang, terus beli tiket flight two-way. Masa tu aku tak fikir ape dah duit aku
melayang RM 430. Aku hanya terketar-ketar and ikut je kawan2 aku bawak aku
pergi mana. Kami berlari macam orang giler sebab nak kejar flight tu coz waktu
beli tiket dah tiba waktu boarding time. Nasib baik sempat kejar flight tu.
Kawan2 aku hantar aku betul2 sampai depan security check. And that was my first
time naik flight. Kalo bukan benda emergency macam ni, takdenye aku nak naik
flight.
Sepatutnya flight aku 5.30 tapi delay sebab ada masalah
teknikal. Kami dah naik flight tu, flight pun dah gerak tapi pusing balik then
kami kena turun balik. Nasib baik delay dalam setengah jam je. Aku macam dah
cuak sebab fikir dugaan ape pulak ni. Aku takot tk sempat sampai sebelum dorang
kapankan Abah je. Sampai kat Airport KB dalam pukul 7 lebih. Kakak aku mintak
tolong Achik, jiran sekampung datang ambik aku. Aku sampai kat rumah pukul 9.30
malam. Masa tu orang tengah mandikan jenazah Abah. Aku naik rumah terus cari ma
aku and peluk ma seerat-eratnya sambil nangis. Then aku peluk kakak aku, dia
suruh aku bersabar. Pastu sepupu aku, Kak Long datang peluk aku suruh aku
lepaskan tangisan aku sampai habis dalam pelukan dia. After a while, aku dah
lega sket. Tapi bila bersalam dengan saudara-mara yg lain, dorang peluk aku,
suruh aku bersabar semua, aku nangis lagi. Bila fikir2 balik dah macam drama
airmata dah aku kat situ.
Kami kucup Abah buat kali terakhir. Aku nangis lagi tengok
orang tutup muka Abah and ikat kain kapan yang membaluti tubuh Abah. Ya Allah..
Betul ke jasad Abah yg terkujur kaku depan mata aku tu? Aku rasa benda tu
seolah-olah mainan. Aku rasa esok Abah akan hidup balik. Ya Allah.. Kenapa Kau
tak makbulkan doa aku yg satu ini? Kenapa Kau ambik Abah yg kau pinjamkan pada
kami disaat kami masih belum bersedia, masih perlukan dia? Kenapa secepat ini?
Abah sihat walaufiat. Masuk ICU 10 hari then terus Kau ambil Abah dari kami.
Kenapa terlalu mengejut Ya Allah? Kami tidak sempat nak dengar suara Abah buat
kali terakhir. Balik2 Abah dah koma. Sehingga dia menghembuskan nafas terakhir
dia dalam koma. Kenapa tidak diberi peluang walau seminit untuk Abah sedar dari
koma dan bercakap dengan kami buat kali terakhir?
Ma adalah orang yg paling terkilan. Dia tinggalkan Abah di
rumah seorang diri selama 1 bulan sepanjang cuti sekolah kerana pergi
menziarahi rumah anak2 dia. Walaupun pergi dengan izin Abah, walaupun setiap
hari kol Abah bertanyakan khabar tp tak sempat nak bersua muka ketika Abah
masih sedar. Aku tahu, mesti Ma rasa sangat bersalah. Aku sedih tengok Ma yg
tak bermaya sejak dari Abah koma sehingga ke hari ini. Setiap saat bila aku
lihat mukanya, mata dan hidung dia pasti merah. Begitu juga kami adik beradik
tapi Ma lagi terasa sedihnya. Kehilangannya. Kedukaannya. Ya Allah, kasihanilah
ibu ku. Hapuskanlah dukanya. Berikan dia kekuatan untuk meneruskan hidup.
Peliharalah kesihatan dan kesejahteraan dia. Lindungi dia Ya Tuhan.
Sesungguhnya, aku tidak sampai hati melihat ibuku dalam duka. Semoga dia baik2
sahaja di rumah dengan adik.
Sehingga ke hari ini, aku seakan tak percaya dengan apa yang
dah berlaku sebelum ini. Ku masih merasa yg abah masih ada kat rumah tu. Sedih
bila teringatkan hakikat sebenar. Aku terlalu rindukan Abah. Dia yg paling
banyak ambik tahu pasal pelajaran aku. Sekarang, aku nak teruskan pengajian aku
pun tak bersemangat. Selama ni aku bertahan and buat sebaik mungkin semata-mata
demi Abah. Aku nak dia bangga dengan aku. Last aku jumpa Abah masa cuti mid sem
which is cuti raya haji hari tu. Abah tanya bila aku konvo. Aku cakap tahun
depan. Tak lama lagi Abah. Abah kena pergi jugak walau macam mana pun. No
excuse! Sebab aku tahu Abah memang susah kalau nak berjalan jauh ni. Dia tak
suka. So aku memang pesan yg dia perlu datang jugak masa aku konvo nanti.
Lagipun, aku nak dia rasa bangga tengok aku kat stage dengan pakai selempang
ANC. Dia pesan suruh aku grad dalan kelas yg pertama. That’s why aku korbankan
segalanya, berusaha sekuat mungkin untuk dapatkan ANC sebab nak bagi abah
bangga nanti aku konvo. At least tak sia2 dia datang jauh2. Tapi sayang, tak
sempat.
Kenapa Abah tak tunggu datang konvo Kak Cik dulu baru pergi?
Kenapa Ya Allah, Kau tak tunggu lepas aku konvo baru Kau ambik nyawa Abah.
Sekarang, aku dah takde semangat nak kejar ANC. Final exam hari tu aku study
main2 je. Selalu teringat kat Abah, campur melayan perasaan malas aku. Aku tak
lawan pun sebab aku dah takde semangat. Ak dah tak kisah kalau tk dapt ANC
asalkan aku dapat grad ontime je.
Ya Allah.. Sungguh berat dugaan ini. Aku masih perlukan Abah
sebagai pembakar semangat aku. Dia tempat kami bergantung. Kehilangan Abah
seolah-olah tiang rumah kami sudahpun runtuh. Abah.. K Cik nak Abah. Kalaulah
boleh berdoa supaya dikembalikaan dia pada kami. Ya Allah. SubhanAllah..
Damailah Abah di sana bersama rahmat Tuhan. K Cik akan sentiasa doakan
kesejahteraan Abah di sana dan kesejahteraan Ma disini. Ya Allah, lindungilah
kedua-dua cinta hati aku di dunia dan di akhirat. Semoga sampai ke mati, aku
dapat berbakti kepada ibuku dan juga arwah abah. Amin.
Demi Allah, aku tak kuat. Dan kerana Allah aku harus kuat.
Abah, sekarang kita terpisah oleh dua alam yg berbeda.
In Sha Allah, nanti kita jumpa balik di alam sana.
Abah tunggu K Cik dan keluarga yg lain kat sana ye. =(
Sampai bila2 pun, Abah tetap dalam hati K Chik.








No comments:
Post a Comment