Aku bukan sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa... Menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa...

Terima kasih Tuhan.



Dear Diary...

Sesungguhnya aku ini insan yang tak pernah tahu bersyukur. Aku selalu berdoa minta itu ini dengan Tuhanku sedangkan amal ibadah aku padaNya tidaklah sebanyak mana pun. Tapi lepas satu, satu yang aku minta, yang aku merayu giler2 agar doa2 itu dimakbulkan. Semua doa2 dan permintaan itu untuk kepentingan aku.

Kerana aku tahu Tuhan ku tidak akan pernah menghampakan aku, akan sentiasa melindungi aku maka sebab itu semakin banyak pula permintaan ku. Sungguh aku ini hamba yang tidak tahu untuk bersyukur. Aku akui, selama ini Tuhan sentiasa memakbulkan segala permintaan ku. Segala yang aku doakan. yang aku hajati, terlalu banyak yang sudah termakbul. Sebab itu aku selalu berdoa padaNya kerana aku yakin yang dia akan makbulkan doa aku, sama ada cepat atau lambat.

Tapi, aku malu dengan diriku sendiri. Aku malu dengan Tuhanku kerana aku hanya tahu meminta sedangkan amal ibadah aku pada Dia tidak lah sebanyak doa yang aku minta. Memang tak mampu untuk aku beribadah sebanyak mungkin setimpal dengan segala permintaan aku yang telah termakbul itu. Malunya pada Tuhanku. Aku sangat menyesali kekurangan aku, kelemahan aku, kejahilan dan kelalaian aku. Tapi tetap juga doa2 ku masih dimakbulkan. Alhamdulillah.

Kerana rasa malu itu, aku cuba untuk pertingkatkan amal ibadahku agar setimpal dengan segala pemberian Tuhan padaku. Tapi tetap juga tidak cukup. Malah aku hanyalah insan biasa yang punya banyak khilaf, yang lemah pada segala godaan nafsu dan syaitan. Ya Tuhan, ampunkanlah aku. Pimpinlah aku.

Dan sehingga ke hari ini, walaupun amal ku kurang, tapi Kau tetap jua memakbulkan doa ku. Kau tetap jua melindungi aku dan memberikan aku kehidupan yang hebat di dunia ini. Jauhilah aku dari kelalaian di atas segala nikmat yang ada ini. Ya Allah, terima kasih kerana tidak pernah putus memperkenankan doa ku dan memberikan aku kehidupan yang bahagia dan sempurna ditemani dengan orang2 sekeliling aku yang hebat2 belaka.

Alhamdulillah. Akan ku cuba perbaiki lagi diri ini. Agar aku tidak akan rasa malu lagi. Agar segala pemberian itu setimpal dengan segala amal ku. Agar Kau akan terus memakbulkan segala doa ku dan melindungi aku. Dan aku yakin, jalan hidupku juga telah Kau lakar dengan hebat sekali. Syukur Alhamdulillah.

Pelbagai rintangan dan dugaan yang aku telah lalui. Sehingga hati ini sudah terlalu lemah. Sudah berputus asa untuk menghadapi bermacam-macam cabaran. Tapi sehingga kini, Tuhan masih berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku dengan sempurna, mengabaikan segala kedukaan dan menikmati segala kegembiraan. Walau sesukar mana keadaan aku ketika itu, Tuhan masih memberikan aku kekuatan untuk sentiasa tersenyum dan ketawa.

Terima kasih Tuhan ku. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang hina.

Seandainya kehidupan di dunia lebih baik untuk ku, maka hidupkanlah aku selama ia masih baik. Tapi jika kehidupan di akhirat sudah cukup baik untukku, maka matikanlah aku. Kerana aku takut makin lama aku hidup di dunia, makin bertambah pula dosa-dosaku. Astaghfirullahalazim. SubhanAllah.. Jauhkanlah. Lindungilah.

Tika susah, ingat DIA. Tika senang, jangan sesekali lupakan DIA. Put that in ur heart, MIRA. Kerana itulah sumber kekuatan hati mu.

Walaupun hati berduka, walaupun hidup terasa perit, 
tapi jangan pernah tunjukkan kesedihan itu pada dunia. 
Teruskan tersenyum walaupun pahit. 
Biarlah dunia hanya melihat kegembiraan mu.
Kesedihan itu biarlah hanya antara engkau dan Tuhan mu sahaja.

No comments:

Post a Comment