
Since dah single sekarang ni, so aku pun mula lah berangan nak dapat jodoh yang sempurna di mata aku. Sempurna yang macam mana?
Aku nak dapat jodoh yang akan tegur aku bila aku berpakaian yang tidak enak dipandang, yang tidak kena dengan agama ku. Aku suka dengar bila kawan2 bercerita tentang pakwe dorang yang tegur dorang suruh pakai tudung yang tutup dada, jangan singkat2 sangat. Yang suruh pakai tarbus agar bila pakai tudung tak nampak rambut, yang memuji dorang nampak ayu bila pakai jubah dan sebagainya. So sweet bila pakwe dorang tegur ke arah kebaikan sebab yelah. Lelaki yang betul2 baik memang akan tegur orang yang dia sayang agar tak dapat dosa kan? Lagipun mestilah dia nak isteri yang terbaik untuk diri dorang. I hope aku pun akan dapat jodoh yang macam tu, yang akan bimbing aku jika aku tak tahu, yang akan tegur aku ke arah kebaikan jika aku leka. Bukan yang tegur aku nampak tua bila berbaju kurung, muka aku nampak tak lawa bila pakai tudung dan sebagainya. Yes, aku nak imam yang boleh bimbing aku ke arah yang lebih baik.
Kemudian, aku dengar lagi cerita dari kawan yang lain how sweet and romantic their boyfriends are. Buat surprise for their birthday, suruh florist datang bagi bunga while dorang keluar dating, romantic dinner for anniversary and again, dapat red roses. Omaiiigooodddd!!! How jeles I am bila tengok mereka2 yang sangat bertuah sebab dapat pakwe yang treat dorang like a princess and sangat appreciate dorang. Then, aku pun berangan nak dapat pakwe yang macam tu jugak. Yang akan treat aku like a princess and menghargai kehadian aku di sisinya.
Then, ada lagi kawan cerita yang dia merajuk dengan pakwe dia. Padahal pakwe dia nak datang jumpa dia. Dengam mood merajuk dia pergilah jumpa pakwe dia kat depan kolej kitorang. Tup2 pakwe dia bawak ais krim dua and they sit in in front of the college for a while, enjoying the ice cream together. Terus hilang perasaan merajuk tadi. Omaaiiii!!! Pun I jeles jugak. Nak dapat jugak pakwe yg suwitt and kiut miut macam tu yg pandai pujuk kita dengan benda2 small things macam tu. Bukanknya kitorang perempuan demand nak lebih2 bila merajuk, at least dorang sedar kesilapan dorang, and know how to make us happy again. So, bakal jodohku nanti, mohon yang pandai memujuk ala2 suwiitt macam tu jugak eh. Hahaha

Banyak cerita2 manis yang aku dengar drpda kawan2 aku about their boyfriends. Tipulah kalau aku cakap ak tk jeles kan? Sejak single ni, aku takde benda nak cerita bila masing2 kawan aku cerita pasal boyfriend dorang masing2. Aku hanya mampu mendengar then berangan yang aku akan dapat jodoh yg macam tu jugak. Pastu mulalah rasa rendah diri sebab aku sorang je yang forever alone sekarang ni. Takde benda manis yg nak kongsi sama2 dengan dorg.
Also, bnyk jugak yg dorang cerita time dorang gaduh, time sedih di mana boyfriends dorang buat dorang kecik hati dan sebagainya. Gaduh pasal itulah, inilah. Dan aku hanya mampu mendengar dan tersenyum sebab aku dah tak rasa semua tu lagi. Dan ketika ini aku rasa bangga sebab aku dah tak perlu nak bebankan fikiranku dengan masalah2 seperti itu. Then barulah aku dapat rasa yang jd single ni pun best jugak sebb tak perlu nak sedih2 and gaduh2 degn boyfriend. Tak perlu nak bebankan fikiran dengan semua tu.
Dan sekarang, kawan2 aku sibuk nak tolong carikan pakwe baru buat aku. Lawak sangat dorang ni. Pantang nampak lelaki single, terus nak kenen-kenenkan dengan aku. Ajak ku pergi situlah, sini lah dengan harapan ada lah lelaki yang tersangkut dengan kecantikan aku. Wakkakaka!!! Pastu nak kenalkan aku dengan kawan2 lelaki dorang lah. Macam2 sangat budak2 ni. Dorang pulak yg risau kalau aku tak dapat pakwe before kitorang habis belajar sebab katanya time kerja memangcdah susah nak cari pakwe. Aku pulak, hanya mampu tergelak bila dorang keluarkan isu ni n just ikut je ape yg dorang rasa terbaik untu aku. Malas nak fikir. Kalau ada jodoh, ada la tu kat mana2. Biar jodoh aku tu yg cari aku. Aku malas nak cari dia. Aku nak tunggu je. Hahahaha.. Dan aku berharap, jodoh aku nanti seperti apa yang aku angankan itu.
Ya Allah. Aku menyerahkan soal jodoh aku pada Mu. Sesungguhnya kau Yang Maha Mengetahui. Aku memang dah putus asa bab2 nak menjalin hubungan ni. Bagi aku, semua lelaki sama, tak boleh nak percaya. Tapi aku tahu, masih ada sebilangan kecil lelaki yang jujur dan ikhlas. Semoga yang itulah jodoh aku nanti. Yang tidak memandang pada kecantikan rupa semata-mata sebaliknya yang tahu menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Yang tidak memandang pada kebahagiaan di dunia sahaja sebaliknya di akhirat sama. Ya Allah, berilah jodoh yang terbaik untuk aku yang akan membawa aku lebih dekat dengan-Mu. Aku tak mahu lagi hidup dalam kesesatan dan kemaksiatan. Biarlah kejahilan aku yang dulu terkubur di situ. Dan aku harus belajar daripada kesilapan aku. Perlu bangkit dan memperbaiki diri agar sentiasa berada di bawah petunjuk Ilahi. Yang lepas biarlah lepas. Aku redha dengan segala Qada' dan Qadar Ilahi. Aku percaya ada hikmah disebalik segala yang terjadi.
Dan sekarang, aku menunggu dengan penuh misteri siapa jodoh aku yang sebenar. Hehehe..
p/s: Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan. In Shaa Allah..





No comments:
Post a Comment