Aku bukan sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa... Menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa...

Take a step forward and move on.


Dear Diary..

Aku tak tahu apa aku buat malam ini. Assignment berlambak tapi tak satu pun aku sentuh. Hanya termenung di depan lappy, stalk sana sini, tweet itu ini, and keep repeating the same song berjuta-juta kali sambil hati ini berkecamuk dan air mata mulai bergenang. Hati makin bertambah sakit.

I should take a step forward. Not "a" but "many". Aku tak boleh terus hidup macam ni. Melihat dia bahagia di depan mata aku sedangkan aku menanggung sakit dan luka dihati. Sampai satu tahap, aku memang dah tak tertahan menanggung rasa sakit ini. Teramat sakit. Hanya air mata yang tak pernah henti membantu merawat luka ini. Kenapa hal ini terjadi pada aku. Kenapa aku perlu tanggung semua ini? Apa salah aku? Di mana silapnya aku? Kenapa aku di uji sebegini berat? Mengapa aku jadi sebegini lemah? Dunia ini sungguh tidak adil. Aku hanya mampu melihat kebahagian orang lain sedangkan aku derita di atas kebahagiaan dia.

Kenapa hati ini sukar sangat nak melepaskan dia pergi? Walhal sudah terang lagi bersuluh dia tak layak untuk aku, tak sesuai untuk aku. Cara hidup dia dan cara hidup aku jauh berbeda. Tapi kenapa yang tidak baik untuk aku itu juga yang aku inginkan, yang aku sukar nak lupakan? Sedangkan yang baik untuk aku berlambak depan mata tapi tidak pula aku mahukan mereka. Lumrah manusia sukakan keburukan.

Mulut kata benci tapi hati masih lagi menyimpan perasaan sayang. Ya, aku memang mula rasa benci dan muak dengan dia. Benci di atas segala yang dia buat pada aku, benci di atas segala sikap pentingkan diri sendirinya, benci dia atas segala derita yang dia berikan pada aku. Benci segala-galanya. Tapi kenapa hati ini terlalu bodoh.

Ya Allah, lumpuhkanlah ingatan aku terhadapnya. Hapuskan segala perasaan ini. Perasaan yang membawa derita kepada hidup aku. Bawa dia jauh dari pandangan aku. Aku dah tak mampu untuk melihat dia, mendengar namanya atau mendengar apa2 cerita tentang dia. Perasaan benci dan muak itu semakin membuak-buak2 tapi pada masa yang sama hati ini juga menjadi terlalu sakit dan pedih. Matikan dia dalam hidup aku Ya Tuhan. Aku tak ingin lagi ada sebarang kaitan dengan dia. Not even a friend. Sampai mati aku akan diselubungi rasa menyesal kerana mencintai dia sepenuh hati. Aku menyesal kenal dia. Tak pernah terlintas yang semua ini hanya menjerat diri aku sendiri. Sesungguhnya manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Dan aku sangat menyesali di atas segala kesilapan aku yang dulu. Semoga Tuhan akan melindungi aku dan terus memberi hidayah kepada aku agar aku tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

Ya Allah, jahatkah aku jika aku berdoa yang satu hari nanti Kau akan membalas segala perbuatan dia pada aku? Jahatkah aku bila aku berdoa agar satu hari nanti, dia akan rasa seperti apa yang aku rasa? Jahatkah aku jika aku berdoa agar karma akan menghukumnya? Jahat kah aku? Kalau aku dikatakan jahat, tapi rasanya dia lagi jahat kerana mencipta bahagia di atas penderitaan aku. Dia lebih jahat kerana membawa derita dalam diri aku tanpa perasaan, tanpa hati perut. Dia lebih kejam rasanya.

Cukuplah setakat ini aku menanggung derita yang sia-sia ini. Sungguh aku tak tertahan lagi. Terkadang aku rasa seperti aku tidak mahu bangun dari tidurku sampai bila-bila. Kerana dunia ini sangat kejam. Aku dah tak punya kekuatan atau keinginan untuk terus mengejar segala-galanya di dunia ini. Ya, terkadang timbul perasaan tak mahu hidup lagi kerana hidup ini cukup menyakitkan aku. Tapi aku masih waras. Iman masih kukuh. Bila aku rasa aku terlalu lemah, aku cari Tuhanku, aku cari Al-Quran, aku menangis semahuku kerana itu sahajalah pegangan dan tenpat bergantung yang aku ada untuk menguatkan kembali hati yang lemah tadi.

Ya Allah, aku merayu. Akhirilah kelukaan ini secepat mungkin. Sungguh aku rasa aku dah tak mampu menahannya. Aku dah tak sanggup untuk terus hidup begini. Berpura pura bahagia, melemparkan senyuman palsu. Sedangkan hati menangis tak pernah henti. Tetapkanlah sebaik-baik kesudahan untuk aku. Aku percaya ada hikmah yang sangat besar di atas segala kedukaan ini. Kembalikan kebahagiaan aku Ya Tuhan.

Ya Allah, bawa dia jauh dari aku. Jika itu yang dia mahukan, jalan hidup begitu yang dia pilih, so just go on. Tak perlulah aku ambik peduli atau risaukan tentang hidup dia lagi. I've done my best untuk kebaikan dia tapi dia tak mahu terima. Dia buang aku. Dan sekarang, I should let him go dengan cara hidup yang dia pilih. Makin teruk ke dia, makin baik ke dia, itu bukan masalah aku lagi. Dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku. Anggaplah bahawa aku dan dia tak pernah kenal. Dia tak pernah wujud dalam hidup aku. Berkawan pun tidak pernah. Lupakan dia sepenuhnya.

I really should move on now. Should take my steps forward. And the first step is, stop having connection with him so that u will never know about his life and he will never know about your life. Just like u both never known each other. And I already start my very first step. Aku berharap semua langkah-langkah yang aku dah ambil dan akan aku ambil nanti akan membuahkan hasil. In Shaa Allah. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Airmata, berhentilah mengalir kerana dia. Hati, berhentilah menyayanginya. Fikiran, berhentilah mengingatinya. Mata, berhentilah melihatnya. Mulut, berhentilah menyebut namanya. Telinga, berhentilah mendengar kisahnya. Tangan, berhentilah menaip tentangnya. Mira, hentikanlah segalanya.

Dear readers, please do me a favour. Pray for me. For my happiness. Thanx for ur kindness. =)


p/s: Terima kasih keluargaku, sahabat-sahabatku kerana menjadi sumber kekuatan aku dan menghadirkan segala gelak ketawa pada ku. 

No comments:

Post a Comment