Sebenarnya, ada juga terlintas di hati ni nak buat surprise untuk dia sama macam aku buat tahun lepas. Sebab sebenarnya aku nak langsaikan niat aku yg dulu. Dulu aku pernah berniat, kalo aku dapat biasiswa JPA, aku nak belanja dia sebab dia yang beria-ia suruh aku apply JPA tu. Tp sedih sangat sebab aku tak sempat nak belanja dia. Aku dapat JPA after dia dah putuskan hubungan kami. Sebab tu aku rasa aku still nak buat surprise untuk dia, maybe the last from me. Tapi aku dikecam hebat oleh kawan2! Dorang marah sebab aku terlalu bodoh dan buta! Lelaki tu dah buat aku macam ni, pastu sikit pun tak ingat aku, apatah lagi besday aku, sedang berbahagia hidup tanpa aku tapi aku still nak terhegeh-hegeh buat surprise bagai kat dia? Tak ke bodoh tu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Dorang cakap, no need la semua tu MIRA! Tak payah la nak muncul dalam hidup lelaki tu lagi, hidup dia dah cukup bahagia tanpa kau!
Mula2 tu aku berdegil nak jugak hantar something for his birthday. Tapi setelah aku fikir masak2, baru aku rasa aku memang tak patut buat semua tu lagi. Semuanya dah berakhir kan? So tak de guna dah aku nak buat macam tu. Ya, aku memang tak patut muncul dalam hidup dia lagi. Entah2 dia sedang berbahagia dengan perempuan lain di sisi dia, tiba2 aku muncul, kang tak pasal2 perempuan tu serang aku sebab terhegeh-hegeh kat bf dia. Tak ke cari masalah tu Mira? Lagipun, kau tak payah risau la pasal dia. Confirm ada perempuan lain yang akan buat dia happy on his birthday. Mestilah perempuan tu akan celebrate besday dia, entah2 lagi grand perempuan tu buat berbanding dengan apa yang kau buat. Tak kisah la grand ke tak, aku cuma nak dia bahagia di hari lahirnya. Aku nak dia rasa dihargai dan aku nak dia rasa betapa aku menghargai kehadiran dia dalam hidup aku. Sebab tu aku buat macam2 on his birthday sewaktu aku bersama dia dulu. But now, since aku dah takde apa2 dengan dia, perlu ke aku buat macam tu lagi? Dia bukan milik aku lagi, maybe dah jadi milik org lain pun. So, betul cakap kawan2, aku memang dah tak patut teruskan niat aku tu.
Bila aku baca balik entry yang aku post pada hari lahir dia sebelum ni, aku rasa sebak sangat. Sebab aku dapat rasakan yang waktu aku taip entry tu, hati aku sedang bahagia, sangat bahagia. Tapi kali ini, sewaktu sedang taip entry ini, hati ini rasa sakit sangat. Kecewa. Aku hanya mampu mengucapkan Selamat Hari Lahir buat dia dari jauh dan dalam diam sahaja. Bukan terus kepadanya. Sebab aku tahu, aku tak patut muncul dalam hidup dia lagi.
Masih jelas di ingatan, besday dia pada tahun 2011, masa tu dia sedang buat asasi kat Kuala Nerang dan aku kat UiTM Shah Alam. Nasib baik ada kawan satu sekolah dengan aku masa kat MRSM dulu yang buat asasi skali dengan dia. So, aku mintak jasa baik kawan aku tu la, tolong bagi alamat, tolong amik hadiah yg aku pos kat pejabat pos, n tolong bagi kat dia tepat pukul 12malam on his besday. Nasib baik kawan aku tu sanggup tolong aku buat surprise kat dia. Bila baca balik ENTRY INI, aku dapat rasakan yg aku memang tengah kemaruk bercinta dengan dia masa tu. haha.. Skali fikir, lawak pulak entry ni, tak matured langsung aku waktu tu. haha
Then pada tahun 2012, aku buat another surprise untuk dia. Masa tu aku cuti sem, so ada kat rumah n dia kat UNIKL MFI, Bangi. Punyalah excited nak buat surprise kat dia, awal2 lagi aku Google kedai yang boleh buat delivery cupcakes area Bangi. Cari punya cari, last2 ada la satu kedai ni yang beroperasi area Bangi tu. So, memang menjadi la plan aku. N he was very happy with the surprise. Dan aku pun turut rasa happy bila dia happy. Ermmm.. Kenangan.. Tengok kat ENTRY INI, jelas terpancar wajah dia yang gembira dapat surprise cupcakes from me. Oh my! Betapa bahagianya saat itu.
Sedihnya bila baca balik entry2 yang lepas. Banyak sangat entry2 bahagia yang aku post about us. Bila baca balik, amik kau, buat aku sedih je. Oh, how I miss all the sweet time that I had gone through with him. Kenapa la jodoh kami sampai situ je? Sedangkan sejak aku kenal rapat dengan dia, dia dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Tapi sekarang? Seolah-olah aku hidup dengan sebahagian sahaja daripada badan aku, sebab sebahagian lagi, dah hilang, dah terputus. Its ok Mira, Belajar daripada kejatuhan ok? Just abaikan semua yang dah lepas, anggap je ia sebagai hanya satu persinggahan dalam hidup kau or anggap je macam mimpi dalam mimpi, dan sekarang kau dah sedar dari mimpi itu. So, no more kenangan2 bersama dia sebab itu semua hanya mimpi indah yang mengulit lena kau. Ok? Chill la dear.. hehe
Oh, baru perasan. Dah jauh terpesong dari tajuk. Actually post entry ni sebab nak wish besday to him la. Disebabkan tak boleh nak wish straight to him, its better for me untuk wish kat sini je, daripada dipendam sorang2 tak terluah tu.
Buat insan yang tak pernah aku lupakan, yang tak pernah luput dalam hati aku, aku hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mu. Aku berdoa agar kau bahagia di hari lahir mu walaupun bukan aku yang bahagiakan kau lagi. Aku berdoa agar Tuhan merahmati dan memberkati kehidupanmu. Aku juga berdoa agar kau dapat menjadi seorang hamba Allah yang tak pernah meninggalkan suruhanNya dah menjauhi laranganNya. Di hari lahir mu ini, aku berdoa agar engkau mendapat kehidupan yang baik di dunia mahupun di akhirat. Kejarlah cita-citamu sesungguh hati dan jadilah anak yang dapat berbakti kepada ibu bapa dan juga penjagamu. Semoga mereka akan bangga mempunyai anak yang tak pernah melupakan mereka dan sentiasa mendoakan ketenangan mereka di sana. Walaupun kita tak ditakdirkan bersama, namun aku masih berharap yang kau akan berubah ke arah yang lebih baik suatu hari nanti. Semoga kau akan sentiasa bahagia. And the last thing, always remember that there is someone who never ever forget ur besday, who never ever forget everything about u n who never ever forget the person named Faez in her life.
Sekian sahaja ucapan hari lahir ikhlas dari Aku buat Kamu. Hanya ucapan dalam diam dan dari jauh sahaja yang mampu aku buat untuk hari lahir mu kali ini kerana aku sudah tidak punya hak untuk mendekati mu lagi. Walaupun kau tidak tahu dan tidak membaca ucapan ini, namun sudah cukup bagi ku kiranya aku dapat mengabadikannya di sini. Hanya doa yang mampu kupanjatkan sebagai hadiah untuk hari lahir mu. Akhir kata, SELAMAT HARI LAHIR FAEZ.
Ni tak de kerja sangat ni. Nak wish besday direct to him,
aku tk cukup kuat nak text dia, nk on9 broadband tak boleh guna.
Last2, my diary jugak jadi mangsa, tempat aku wish. hehe
Takpelah, biar ada kenangan sket dalam diari tu. ^____^
Sekian, wassalam.







No comments:
Post a Comment