A Broken Angel.
Semalam mimpikan dia lagi. Tapi mimpi yang tak menarik minat pun. Mimpi di mana aku satu kelas dengan dia n kami saling buat tak kenal. Tapi mata masing-masing tetap pandang memandang, tapi masing-masing buat macam tak pernah kenal. Ermmm.. Itulah yang sebetulnya keadaan sekarang ni.
Kenapa asyik mimpikan dia je? Rindu sangat kat dia agaknya ni.
Tadi terbaca tweet seorang kawan. "Apa makna rindu yg sbenar? Bila org tu jauh ke atau ble org tu dah xada?" Aku pun jadi terfikir jugak dengan persoalan ini. Aku rasa in both situation kita akan rasa rindu tu. Tapi actually rindu yang sebenar itu adalah apabila orang tu dah takde di sisi kita dan kita pula sering terbayangkan kenangan-kenangan bersama dia dulu. Kenangan-kenangan yang takkan berulang lagi. Itulah rindu yang sebenar bagi aku. Rindu yang sangat parah.
Sebenarnya mata dah mengantuk. Tapi rasa macam nak update blog kejap before tidow. Nothing much to say. Just nak bagitahu bahawa sakit rasanya menanggung rindu yang tak kesampaian, rindu di mana orang yang kita rindui tak tahu pun yang kita rindukan dia. Rindu di mana kita hanya mampu memendam rindu itu sorang2. Rindu yang tak berbalas.
Malam sudah lewat. I need to sleep. Seperti biasa, sebelum tidow, kita baca doa dulu. Lepas baca doa tidow, aku pejamkan mata aku, letakkan kedua-dua tangan di dada, ambik nafas yang tenang, dan membaca Al-Fatihah. Kemudian berdoa dalam hati, "Ya tuhan. Sampaikanlah salam rindu ku pada dia. Semoga dia merasai rindu ku padanya. Semoga dia juga turut merindui aku. Jika kami berjodohon, jagalah hati kami untuk menyimpan rasa cinta ini sehingga kami disatukan kembali. Jika sudah dari awal tidak tertulis untuk kami berjodohan, maka buangkanlah rasa cinta di hati ini dan jagalah hati ini agar tidak terjatuh ke tangan yang salah lagi. Jagalah hati ini untuk jodoh ku nanti. Amin."
Then, baru tarik selimut dan tidow dengan lena. Selamat malam dunia.
p/s: Bila dua jiwa dah sebati, sukar untuk dileraikan. Bila hati sudah sayang, sukar untuk dilupakan. Mohon mengerti semua.
XOXO! Publish!
*tiru style Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang* hehe






No comments:
Post a Comment