Aku bukan sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa... Menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa...

Kehilangan


Dear Diary..

Peritnya untuk aku lalui semua ini. Aku tak berdaya lagi nak teruskan hari2 yang mendatang. Seriusly, aku rasa lemah sangat. Hidup aku sekarang ni dah macam orang gila dah, tak terurus. Kenapa kisah ini berakhir dengan begini je? Apa salah aku pada dia? Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia khianati aku? Perit di hati ini tak dapat nak diungkapkan. Sakit yang teramat. Air mata tidak pernah putus dari mengalir. Tak tahu dah macam mana nak sekat ia dari mengalir.

Aku tak mampu nak terima semua ini. Dia terlalu kejam bagi aku. Dia mampu kecap bahagia dia atas penderitaan ini sedangkan aku hanya mampu menahan derita. Sangat tidak adil. Dunia ini memang tidak adil. Aku cuba untuk lupakan segalanya tentang dia, malah aku cuba untuk membenci dia. Tapi aku tak mampu. Sikit pun aku tak mampu. Dah lama rasanya aku tak cakap kat dia yang saya sayang awak sangat2. Tapi sekarang ni semua tu dah takde makna lagi. Dia dah pergi jauh dari aku.

Dia buang aku macam sampah. Tanpa rasa bersalah, sedikit pun. Hina sangat ke aku di mata dia? Benci sangat ke dia pada aku? Aku masih mampu nak terima hakikat kalau dia putus sebab dia rasa serabut dengan aku, sebab dia nak hidup bebas and whatever segala alasan dia. Kerana dengan alasan itu aku masih mampu untuk yakin bahawa dia masih sayangkan aku cuma mungkin dia dah penat untuk menjalinkan sebarang hubungan. Tapi bila aku dapat tahu kisah dia dengan perempuan lain, hati ini rasa macam disiat siat je. Adakah itu sebab sebenar kau putuskan hubungan kita? Atau cepat benar kau cari pengganti aku? Aku tak dapat nak terima kau bersama perempuan lain. Cara kau itu seolah olah aku ni tak pernah bertapak di hati kau, seolah olah aku ni nothing bagi kau. Cepat benar kau berubah. Seronok mainkan perasaan aku?

Selama dua tahun lebih kita bersama, aku sangat yakin yang kau tak pernah ada perempuan lain selain aku. Kalau pun kau takde masa untuk aku, aku yakin yang masa kau banyak bersama sama kawan2 lelaki kau. Tapi nampak gayanya aku salah. Sekarang aku pasti, selama hubungan kita kau ada layan perempuan lain di belakang aku kan? Cuma aku tak tahu sejauh mana hubungan kau dan dia semasa kita masih bersama. Cuma sekarang bila kita dah berpisah, kau semakin dekat dengan dia. Perit sangat hati ini melihat kau bahagia bersama orang lain sedangkan aku di sini menderita keseorangan. Sekejam itu kau pada aku.

Aku cuba untuk move on, untuk stop thinking pasal kau. Tapi its not easy. Unless aku hilang ingatan. Baru aku boleh lupa totally about kau. N I really wish that aku hilang ingatan sebab tak mampu dah nak tahan fikirkan segalanya tentang kau. Aku nak lupakan kau sepenuhnya. Tapi aku tahu aku tak mampu. Aku masih mencari cari sedikit harapan untuk bersama kau kembali tapi aku dah tak nampak sebarang harapan dah sekarang ni. Tambah2 pulak kau tengah syok dengan orang baru. Aku ingat aku nak tunggu kau datang pada aku kembali tapi bila dapat tahu kau dah ada orang lain, rasanya takde makna aku nak tunggu lagi. Sia sia je.

Aku tak sanggup nak bayangkan andai kata aku bercinta lagi suatu hari nanti. Ada lagi ke ruang kosong dalm hati ini untuk orang lain sedangkan ianya dah penuh dengan cinta ak pada kau. Nanti kang hidup dengan orang lain, tapi kat fikiran orang lain. Harap2 tak delah sampai macam tu kan? Kalau kau bukn jodoh aku, seharusnya aku buang kau jauh2 dari hidup aku. Tapi sebenarnya aku masih berharap agar kau jodoh aku walaupun semua kawan2 aku marah aku bila aku masih berharap begitu. Ok, fine kawan2! Semoga aku akan dapt jodoh yang jaaauuhhhh lagi better than him, ok? Aminn..



Tapi buat masa ini aku rasa serik sangat untuk menjalinkan ikatan dengan mana2 lelaki. Lagipun hati ini masih milik dia sebenarnya. Cuma dia je tak nak ambik. Biarlah, aku baru kehilangan seorang yang aku sayang yang tak sayang mana pun kat aku, tapi dia yang rugi sebenarnya sebab dia kehilangan seseorang yang terlalu sayangkan dia setulus hati. Agak2 ada ke perempuan lain yang boleh sayang kau macam aku sayang kau? Errmmm.. Aku rasa aku tak mampu dah nak bukak hati ini untuk mana2 lelaki. Trauma pun ada rasanya. Biarlah aku sendiri begini. Bila tiba masanya untuk kahwin, baru bukak hati untuk menjalinkan ikatan. Tak pun, mintak ma dan abah carikan jodoh untuk aku jelah. Sebab aku dah tawar hati nak kapel2 ni. Kalo dah memang dari awal tertulis dia jodoh aku, dia pasti akan datang kembali pada aku. Tapi kalau dah memang bukan jodoh lebih baik dilepaskan saja daripada membazirkan masa bersama orang yang salh. Kan? Pasrah n redha je lah sape jodoh aku. Just wait for my jodoh to come to me. Buat masa ini, biarlah aku sendiri begini, mengubati hati yang luka ini. Perlu fokus pada masa depan!

Aku doakan yang terbaik untuk kita berdua. Sejujurnya, aku terlalu rindukan kau. Tapi rindu itu terlalu menyakitkan. Sayang ini terlalu memeritkan. Aku sedar silap aku, aku terlanjur sayang pada kau, aku terlalu menaruh harapan pada kau. Sebab itulah bila jadi macam ini, perasaan itu membunuh diri aku sendiri. Aku hanya mampu berdoa agar Tuhan kuatkan hati aku dan hapuskan rasa sayang aku pada kau. Semoga suatu hari nanti, aku mampu lupakan kau, janji2 kau pada aku yang telah kau mungkiri tu dan juga lupa segala kenangan kita bersama serta lupa akan kewujudan kau dalam hidup aku. Harap sangat, agar aku dapat hidup bahagia walaupun aku tak ditakdirkan untuk bersama dia. Aku percaya, ada hikmah disebalik semua ini. Tuhan dah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. InsyaAllah..


Dear readers, please pray for me to be strong.

p/s: kalaulah bunuh diri itu bukan satu dosa, dah lama rasanya aku ni jadi arwah. errmmm

No comments:

Post a Comment