Aku bukan sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa... Menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa...

Beginikah kesudahannya?




Jika aku memilih rupa, aku takkan memilih kau.
Jika aku harap aku dimanjakan dengan kemewahan, aku takkan memilih kau.
Jika pangkat dan kedudukan itu adalah segalanya, aku takkan memilih kau.
Jika lelaki yang bekerjaya menjadi pilihan aku, aku takkan memilih kau.
Tetapi aku tetap setia dan memilih kau.

Tapi sekarang aku lihat kau semakin menjauh.
Semakin lama semakin menghilang.
Semakin lama semakin pudar rasa sayang itu.
Tapi aku tetap yakin dengan hubungan ini.
Kerana sayang aku pertahankan.
Kerana kasih aku telankan.

Sampai satu saat,
Aku rasa kau tidak memerlukan aku lagi.
Aku mengambil keputusan untuk berundur.
Tak mahu menjadi penghalang dalam kehidupan seharian kau.
Tak mahu menjadi kekasih yang tidak memahami.
Tidak mahu kau terus membenci aku.
Dan tidak mahu orang lain turut membenci aku.
Aku mahu kau gembira.
Aku berpuas hati jika dapat melihat kau dari jauh.
Aku sangat berpuas hati.

Suatu ketika dulu,
Kau menghalang aku pergi.
Tapi aku tetap mahu pergi buat sementara.
Bukan sebab membenci.
Tapi tak sanggup terus terluka.
Tak sanggup terus menanggung derita.
Tapi aku pergi untuk kembali.

Dan aku telah kembali.
Dengan harapan kau sedar.
Dengan harapan aku masih diperlukan.
Dengan harapan aku bukan sekadar hiasan dihati kau.
Dengan harapan aku diberi hak yang sewajarnya.
Dengan harapan hubungan ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Namun, hati ini menangis lagi.
Aku sangat berharap kau dan aku bersatu.
Tapi segalanya menjadi semakin rumit
Kita sudah saling tidak memahami
Kau tidak lagi seperti yang aku kenal dulu
Adakah kerna kasih itu telah pudar?
Kalau kesudahannya tak seperti yang diharapkan,
Aku pasrah untuk berhenti setakat ini.

Sebab, sayang aku hanya untuk kau seorang.
Sebab, kasih aku hanya untuk kau seorang.
Sebab, hati aku hanya untuk kau seorang.

Dan jika aku pergi sekali lagi, aku pergi untuk selamanya.
Pergi dengan hanya sekadar mampu mengenang
Segala janji yang telah ditaburkan
Dan segala memori yang telah kita cipta bersama.


"Kau dengan dirimu saja, Kau dengan duniamu saja, Teruskanlah.. Teruskanlah.. Kau begitu.."

-copypaste n edited-


-Jika kita memang berjodohan, aku percaya ke mana pun kau berjalan suara cinta akan menuntun mu kepada ku dan bawa kau kembali padaku dengan apa cara sekalipun. Jika kita tidak berjodohan, pergi lah engkau jauh dari hati ini agar aku bisa beri ruang dalam hati ini untuk orang lain yg telah ditakdirkan untukku. Aku redha.-

No comments:

Post a Comment