Aku bukan sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa... Menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa...

Aku dan Hari Raya: Raya Ketiga

Hai readers..

Bersua lagi kita untuk entry yg ke3 for the Hari Raya
Banyak lagi nak dikongsikan kat sini pada hari raya tahun ini.
Actually aku nk upload gambar2 je untk tatapn semua
Tp aku sekarang tak suka sangat upload pic kat fb
Sebab ramai sangat pelanggan kat fb tu. hehe
Aku lebih suka upload kat twitter or blog
Coz tak ramai pelanggan n viewers. 
Tapi takkan nak upload kat twitter banyak2
So blog la medium aku untk upload pic n cerita itu ini bout my life.

Now, tiba lah hari yang kami tunggu2
Majlis persandingan my sis yg diadakan pada hari raya ke 3.
The theme is blue n pink.
Our family diminta untuk pakai baju biru on that day
Alhamdulillah, ad rezeki lebih
Kain for baju kurung untuk perempuan kakak aku sponsor
N baju tshirt kain jersey untuk lelaki ma n abah yang sponsor.
Baru lah nampak seragam sket.
Tapi aku punya spesel case ye..
Well, nak jadi pengapit, baju kena la vogue sket, ye dak?
Alhamdulillah jugak la, baju aku pun di sponsor jugak. Hik3


Pelamin. Just simple but nice.


Kad jemputan kahwin.

Majlis bersanding bermula jam 3 petang
So pagi tu acara masak memasak di dapur lah ye.


Bagus anak dara yg sorang ni.. 
Goreng ikan kering sambil mencangkung. haha

Kerja2 di bahagian dapur mostly golongan yg dh berumur yg buat.

Suasana sekitar rumah pada waktu pagi
Which is tetamu2 tak datang lg mse ni.


Halaman rumah.


Khemah.



Then bila masuk Zohor semua bersiap2 melawa dan sebagainya
So that everything dah ready bila tetamu n rombongan pihak lelaki datang.
Aku memang tak boleh duduk diam la on that day
Sebab tugas n tanggungjawab urus itu dan ini banyak terletak atas aku
Mana taknya, ma n abah sibuk melayan tetamu kat bawah
So hal perihal pengantin ni
Memang kakak aku dah amanahkan pada aku la
Untuk pastikan everything clear.
Biasanya aku just membantu kakak aku mane2 yg perlu je
But today, sebagai tuan rumah aku kena handle sorang2
Nasib baik saudara especially sepupu sepapat ramai yg membantu
Tugas2 mengagihkan doorgift kepada tetamu dah diberikan kepada Kak Isa, Kinah n Baby Nana.
Tugas2 menyiapkan meja pengantin pun Kak Idah dan Chik Ija banyak membantu
Juga tugas2 yang lain Alhamdulillah ramai yg menghulurkan bantuan.
Sampaikan my frenz, Anis n Sahirah yg datg awal tu pun 
Aku kerahkan surh bantu serba sedikit
Thanx banyak2 kepada semua.

Satu peristiwa yang terjadi pada hari itu
Which is sebelum majlis bermula
Semasa semua orang tengah buat preparation
Kumpulan silat yang kami upah datang n try buat preparation 
Untuk persembahan silat nanti
Disebabkan bunyi serunai yang terlalu nyaring
Semasa budak2 mereka sedang bersilat di tengah gelanggang
Keadaan kecoh seketika apabila tiba2
Nenek dan bapa saudara aku yg bongsu ‘naik angin’ untuk turut serta bersilat
Its not naik angin marah ok
Its naik angin where sesetengah orang yg punya angin bersilat dalam diri dia
Apabila muzik dan bunyi serunai yg terlalu kuat n nyaring
Angin bersilat itu akan naik dengan sendirinya membuatkan orang itu
Tidak mampu untuk mengawal diri dia dari bersilat serta merta.
Nasib baik angin Pak Su aku tak berlarutan dan dapat di tahan
Tapi angin bersilat nenek aku terlalu kuat mungkin
Sebab tidak dapat ditahan
Orang kata bagi sesiapa yg jadi macam ni
Kita tak boleh halang dia untuk stop dri bersilat
Angin itu perlu dilepaskan agar mereka rasa puas
Kalo ditahan nanti jiwa mereka akan meronta ronta sebab angin itu tidak dilepaskan
Maka semua orang hanya mampu tengok nenek aku
Bersilat dengan salah seorang ahli silat yg membantu melepaskan angin silat nenek itu
Kami saudara mara yg muda2 ni semua dah panik sebab nenek tak pernh macm ni
Bila tengok mata dan hidung Pak Su merah coz tahan sebak
Then aku tengok sepupu aku pun sebak dengan air mata bergenang coz tengok nenek macam tu
Aku pun ape lagi, turut sama sebak la..

Bila muzik dihentikan, Alhamdulillah nenek dah ok
Dia kepenatan sebab menggunakan tenaga tuanya untuk bersilat
Kesian aku tengok nenek
Dia duduk di kerusi, berehat tanpa bercakap sepatah pun
Biasanya mulut dia la yg paling kecoh
Then dia bangun n balik ke rumah dia.
Kami risau jugak takot lepas ni nenek sakit sebab terlalu keletihan
Alhamdulillah, nenek aku yg sorang ni memang kuat orangnya
Dia sihat2 sahaja until now.
Takde sakit2 badan ke ape.

Ok, kisah itu tamat disitu.
Berbalik kepada majlis persandingan kita ye.

Apabila rombongan pengantin lelaki sampai
Bermulalah tugas aku sebagai pengapit
Dan terpaksa tinggalkan dulu kerja2 lain kepada orang lain.
Sebaik saja pengantin perempuan amik tempat di sebelah pengantin lelaki
Mereka berdua pun dibawa untuk duduk di kerusi
Dan menyaksikan persembahan silat
Alhamdulillah, tiada perkara yg tidak diingini berlaku ketika itu.


Menyambut kehadiran pengantin lelaki dan rombongannya.

Persembahan silat.

Semua muka khusyuk tengok silat.



Orang paling busy. haha


Kemudian mereka dibawa masuk dan bersanding di atas pelamin.








Tak lama kemudian sebelum berphotoshoot lebih2
Mereka dibawa turun balik
Untuk menjamu hidangan makanan pengantin
Yang dah disediakan spesel punya buat dorang.
Lepas makan baru boleh nak berphotoshoot sampai lebam ye anak2.




Antara pics yg sempat di snap yg ada dalam koleksi ak.


Hantaran daripada pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki.

Datuk n Datin. hehe
Bukan main melawa lagi hari ni ek.

Thanx so much for coming my friends.
Really appreciate it.

Dengan saudara mara.


Big family, tp still ramai yg takde dalm pic.

My besties.. 
Timo kasih banyak2 coz bnyk membantu.




Persalinan kedua.





Ni je pics g ada dgn aku
Selebihnya memang fully dengan cameraman la
Aku pun tak sempat nak snap pic n nak masuk gambar banyak2
So many things to do since kite jd tuan rumah ni.
Kalu dulu, cousins yg kawin tkdelah aku nak busy sangt
Sempat sngt2 la nak pose sana sini
Tapi bila jadi tuan rumah ni
Aku nak layan sahabat2 aku yg datang pun tk sempt sngt
Penat tu takyah cakap la..

Pada waktu petang bila semua tetamu dah pulang
Suasana pun dah beransur lengang
Barulah aku dapat berehat
Bila tengok yang lain tengah enjoy berkarok
Aku pun ape lagi, slow2 la masuk line.

Ramai nampk nak sumbang suara bila tetamu dah balik.

Sebenarnya dari pagi lg aku nak try berkarok tu
Almaklumlah, dah gian n rindu giler nak berkarok ni
Kalo duk UiTM tu
Boleh dikatakan every week aku n kawan aku g layan karok
Bila dah cuti lama ni dh lama la tak test suara.
Bila dah ada can macam ni plus orang pun dah tak ramai
Inilah masanya aku melepaskan gian di hati. Ngeh3
Sempat sumbang suara 2 3 lagu je
Coz hari dah hampir nak Maghrib.

Then baru la aku masuk bilik
Mandi n merehatkan badanku yg tersangatlah keletihan.
Tersangatlah  lega sebab majlis berjalan dengan lancar.
Syukur Alhamdulillah.
Begitulah kisah hari raya ketiga aku pada tahun ini. ^________^

No comments:

Post a Comment