Kau datang bila kau perlukan aku
Dan kau pergi bila aku tidak diperlukan.
Aku selalu ada ketika kau perlukan aku
Tapi tika aku perlukan kau, dimana kau?
Kau adalah insan yang penting dalam diri aku
Tapi aku hanyalah insan biasa yang tidaklah seberapa penting mana pun dalam dirimu.
Aku jadikan kau seperti seorang putera dalam hidup aku
Tapi kau jadikan aku seperti tunggul dalam hidupmu.
Aku sentiasa di sisimu memberi semangat
Tapi bila aku perlukan semangat itu, kau tiada di sisiku.
Aku sentiasa cuba untuk memahami kau
Tapi engkau sedikit pun tidak cuba memahami aku.
Aku risau bila tiada khabar darimu
Tapi kau tidak pula risau jika tiada khabar dariku.
Yes, aku akui, aku perlukan kau.
Tapi kau tak perlukan aku pun. =(
Kadang2 aku tak tahu siapa aku di hatimu.
Mungkin aku perlu berdiam diri buat seketika.
Tidak perlu terhegeh hegeh mengejar orang yang tak suka dikejar.
Jika inilah permainanmu,
Akan ku ikut rentaknya.
Walaupun terpaksa makan hati seorang diri.
Menitiskan airmata hanya kerana dia.
Biar masa yang menentukan.
Yang pastinya perasaan ini perlu diubati terlebih dahulu.
Mohon hati ini tabah
Dan tidak memikirkan tentang dia.
Kerana dia adalah kelemahan ku
Walaupun kadang2 dia juga adalah kekuatanku.
Seems like there is something wrong between us.








No comments:
Post a Comment