Aku bukan sasterawan negara... Aku hanya manusia biasa... Menulis sekadar untuk meluahkan rasa jiwa...

Warkah untuk Abah

Assalamulaikum warrahmatullah hiwabarakatuh

Kehadapan ABAH yg disayangi..

     Sungguh sedih hati ini apabila mendengar perkhabaran dari Ma bahawa dah bertambah satu lg penyakit dalam diri Abah. Hanya TUHAN sahaja yang tahu betapa berdetaknya hati ini sebaik sahaja berita itu diperdengarkan di telinga ini melalui telefon. Terus menitis air mata ini tp cuba untuk dipergagahkan supaya Ma tidak akan mendengarnya kerana Kak Chik tahu, bila ma mendengar Kak Chik menangis, sudah tentu Ma juga akn menangis sama.. Kerana Kak Chik tahu, sesedih sedih Kak Chik, si anak, sedih lg Ma, si isteri dan si ibu.. Jadi, Kak Chik tak mahu MA bersedih. Kak Chik perlu tunjuk gagah depan Ma n Abah supaya Ma n Abah tak akan bertambah sedih.

     Abah... Sungguh risau hati ini akan kesihatan Abah.. Anakandamu ini jauh di rantauan dan Kak Chik tak mmpu untuk melihat keadaan Abah setiap masa.. Mungkin hanya Abah dan Ma yg akan menanggung kerisauan dan kesedihan bila penyakit Abah datang menjenguk. Sedangkan Kak Chik disini sedang berbahagia dan bersenang lenang menghabiskan duit hasil penat lelah Abah.. Maafkan Kak Chik Abah. Kalau lah Abah tahu perangai sebenar anakmu ini, pasti Abah akn kecewa. Pasti sakit Abah akan datng menyerang tiba2. Maafkan Kak Chik Abah. Kak Chik tak mmpu nak jd anak yang baik. Abah dah beri cukup pendidikan dan tunjuk ajar pada Kak Chik. Mngkin kerana Kak Chik yg terlalu hanyut dalam arus dunia.. Tapi Abah, jagn rsau.. Kak Chik mash ingt sgala nasihat dan tnjuk ajar Abah selama ini n bnyak daripadanya yg Kak Chik ikut. Sebab Kak Chik tak nak kecewakan Abah. Kak Chik sayang Abah. Setiap masa Kak Chik cuba untuk jd anak yg terbaik untuk Abah.

     Abah... Sebelum ini Abah tak pernah sebut pasal mati kan.. Tp tadi Ma bagitahu.. 2 3 hari lepas, Abah otw nak pergi kerja but then Abah pusing balik rumah. Abah kata Abah sakit. Abah tak mmpu nak drive pergi tmpat kerja. Abah belikan ma sebungkus nasi. Then Abah bagi tahu ma, Abah nak pergi klinik. Kalo Abah mati kat klinik, Ma tolong uruskan semuanya ye. Ya Allah.. Knapa Abah cakap macam tu. Saat Ma bagitahu pasl tu, air mata ini tak mmpu dibendung lagi. Abah.. Jangan cakap bukan2. Abah tak pernah sebut pasal ni sebelum ini. Kak Chik jd takot. Kak chik tak snggup nk fikir sebarang kemungkinn yg akan berlaku. Kak Chik masih belum bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan menyiksakan itu. Kak Chik ada bnyak benda yg nak dibuktikan pada Abah. Banyak benda yg Kak Chik nak tunjuk yg Abah wajib tengok.

     Abah.. Betapa besarnya pengorbanan Abah buat kami sekeluarga. Pagi awal2 lg dah bertolak pergi kerja. Petang Abah balik uruskan kebun blakang rumah tu pulak. Kata Abah, ini untuk rezeki kita bila Abah dan pencen lg 2 tahun. Abah dah buat persediaan awal sebb mahu kami sekeluarga hidup selesa. Malam pulak kadang2 Abah sambung buat kerja yang dekat pejabat Abah yg tak settle tu. Lewat malam baru Abah tidur kan? Kalo tak de kerja yang nak dibuat, baru malam tu Abah dapat baring2 rehatkan badan sambil2 mengeluh sakit urat, sakit itu dan ini. Kesian Abah.. Kadang2 Kak Chik tak sanggup dengar keluhan Abah tu.. Keluhan seorang bapa yang sudah tua keringatnya tapi masih menggagahkan diri untuk mencari rezeki. Sabar Abah.. Satu hari nanti, penat lelah Abah itu akan terbalas. Itu janji Kak Chik!

     Abah.. Masih terngiang ngiang segala nasihat dan pesanan Abah pada Kak Chik sejk di bangku sekolah rendah lg. Masih terbayang bayang betapa Abah sabar melayani keletah Kak Chik yang manja dan banyak skali songehnya ini. Masih terbayang bayang jenaka2 yang Abah tuturkan yang membuatkan Kak Chik ketawa.. Rindunya pada masakan Abah yang superb n marvellous tu.. Kak Chik masih tak puas untuk dpat semua itu lagi drpda Abah. Abah mesti kuat tau! Nanti Kak Chik balik, Kak Chik nk dengr lagi nasihat n pesann Abah, nak ketawa lg dengn jenaka2 Abah n nak makn lagi masakan Abah. Nanti Abah masakkn Kak Chik n Adik yg paling special punyer ek? Tunggu Kak Chik balik tau.. Sentiasa tunggu Kak Chik balik sehingga Kak Chik dpt bawak pulang segulung ijazah untuk Abah ek.. Tak sabarnya nak balik, nak peluk cium Abah..

     Abah.. From now on, please stop smoking. Untuk kesihatan Abah jugak tau.. Selama ni, Kak Chik yg slalu dengr cakap Abah kan.. But please.. Untuk kali ni jer, dengr cakap Kak Chik. Jangn nanti dh terlambat, baru nak menyesal. Dah tak guna tau Abah..

     Abah.. Kak No cakap, skali lagi DIA nak uji kita. Memang DIA sentiasa menguji kita kan Abah? Tuhan tahu kita kuat n DIA bagi ujian kat kita sebb DIA tahu kita mampu hadapinya. At least, ujian dari Tuhan ini tidaklah terlalu mengejut. At least, kita msih punyer masa untuk persiapkn diri n muhasabah diri kita. Dah banyak ujian yang Tuhan uji kita sekeluarga dan setakat ini kita mampu hadapinya sama2. InsyaAllah.. Ujian2 yang mendatang ni pun, masih mampu diharungi. Kak Chik yakin, Tuhan sentiasa di sisi kita dan sentiasa memberi kekuatan pada kita selagi kita berpegang teguh padaNYA.

     Abah.. Doa Kak Chik sentiasa mengiringi Abah walaupun Abah tiada di depan mata Kak Chik. Walaupun jauh di perantauan, namun sekalipun tidak pernah Kak Chik lupa untuk doakan kesejahteraan Ma dan Abah. Tak pernah sedetik pun Kak Chik lupa akan Ma dan Abah. Kak Chik ingin sentiasa berjasa pada Ma dan Abah di dunia mahupun di akhirat. Walaupun Kak Chik ini bukanlah sebaik mana pun, bukanlah sesoleh anak2 yg solehah, namun Kak Chik sntiasa berusaha untk menggembirakan hati Ma dan Abah. Abah.. Jaga kesihatan nye. Rajin2 makan ubat. Jgan buat kerja2 yg berat n jgn sampai terlalu penat tau. Ikut nasihat doktor. Jaga diri abah baik2 ek sebab kami sekeluarga masih perlukan Abah untuk jaga kami. Abah sumber kekuatan kami. Lemah Abah, lemah lah kami. Jatuh Abah, jatuhlah kami.

     Rasanya setakat ini sahaja lah coretan Kak Chik untuk Abah, ikhlas dari hati ini. Sudah tidak mampu rasanya membiarkan air mata ini mengalir tika menulis surat ini. Sebelum Kak Chik tidur, mohon Abah ampunkan segala dosa yang telah Kak Chik lakukan samada dalam pengetahuan Abah ataupun tidak. Mohon dihalalkan segala makn dan minum serta segala penat lelah n peluh yg mengalir untuk menyediakan kehidupan yang cukup2 selesa buat kami sekeluarga. Terima kasih untuk segalanya Abah!

                                                                        Yang terlalu menyayangimu,
                                                                                                 Kak Chik
   

<ini cinta hati saya>

3 comments:

Nabila Hanafi said...

tersentuh :'(

PRINCESS DIARIES STORIES said...

thanx coz turut merasa.. huhu

rose said...

sabarla ye...ini semua ujian dr ALLAH...

Post a Comment