
Duhai Kaum Adam..
Perlukah untukmu melukai hati kaum Hawa?
Perlukah untukmu bermain main dengan perasaan kami?
Perlukah untukmu menjadikan kami tempat engkau melepaskan nafsu?
Perlukah untukmu meletakkan status kami sebagai hamba mu?
Duhai Kaum Adam..
Mengapa engkau tidak pernah menjaga hati kami?
Mengapa engkau sentiasa pentingkan diri dan bersikap ego?
Mengapa engkau tidak cuba untuk membahagiakan kami?
Mengapa engkau masih tidak berubah dikala engkau sudah berjanji untuk berubah?
Kaum Adam..
Engkau sepatutnya melindungi kami
Dari bahaya, dari duka
Tapi sebaliknya
Engkau yang mengundang bahaya pada kami
Engkau yang memberi duka pada kami..
Kenapa tika engkau sudah punya seorang Hawa di sisimu
Yang telah diikatkan secara sah
Yang sngt setia mencintaimu
Yang sangt tulus menyayangimu
Yang sngt sabar dengan karenahmu
Yang sngt tabah dengan segala kelakuanmu
Tapi..
Engkau masih melayani kaum Hawa yang lain
Engkau masih berpaling pada kaum Hawa diluar sana
Engkau masih memberi harapan kepada kaum Hawa yang lain..
Apa tidak cukupkah kasih sayng n sgala-galanya
Yang telah pasanganmu berikan?
Atau engkau yg tidak tahu menilai
Tidak tahu bersyukur?
Atau
Engkau memg tak pernah rasa cukup dengan ap yg engkau ad?
Mungkin juga engkau tidak pernh menyedari
Segala pengorbann yang telah dikorbankan
Segala kasih syang yg telah dicurahkan..
Wahai Kaum Adam..
Cukup2 lah tu menyeksa kami..
Kasihanilah kami..
Kami ingin menjadi yang terbaik untukmu
Maka jadilah yg terbaik untuk kami juga..
Janganlah engkau melukakn hati kami
Kerana sekali hati ini hancur remuk kerana mu
Maka ia tidak akn bercantum seperti asalnya
Luka nya akan tetp meningglkan sakit n parut..
Jangan nnti engkau menyesal dikemudian hari
Kerana engkau telah melepaskan batu permata
Yang sngt menilai
Yang dulunya setia menyinari hidupmu
Tapi sekali ia hancur berkecai
Takkn kembali mnjadi seperti dulu lagi
Engkau pasti akan kehilangannya
Dan pada waktu itu
Sudah terlambat untukmu merperbaiki segalanya...
Kaum Adam..
Cepatlah bangkit dari tidurmu
Berubahlah sebelum terlambat...
Bukalah matamu
Lihat dan syukuri apa yg ad didepan mu
Kami Kaum Hawa setia di sisimu
Walau susah dan senang..
Cuma satu pinta kami..
Jangan lukai kami...
~created by: PrincessMieya~
p/s: sedih mendengar cerita seorang isteri yng menyimpan prasaan sedih tnpa pengetahuan suaminya.. dan meluahkan kesedihannya padaku.. maka puisi ini aku ciptakan khas untuk si isteri kepada si suami. moga kalian akan tetp bersama hingga ke syurga. AMIN.





No comments:
Post a Comment