FIRST NEWS:: Empat pelatih PUSPEN larikan diri, tiga berjaya ditahan semula
KUALA TERENGGANU - Empat pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut bertindak nekad melarikan diri dengan mencuri sebuah lori yang datang menghantar bahan mentah di situ sebelum merempuh pondok pengawal untuk meloloskan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, salah seorang daripada suspek yang berumur di antara 25 hingga 32 itu bertindak menghidupkan kenderaan seberat tiga tan itu.
"Ketika kejadian, pemandunya sedang memunggah barangan yang dihantar dan tidak mencabut kunci pada lori tersebut menyebabkan kesempatan itu diambil oleh kesemua suspek untuk melarikan diri dengan menaiki kenderaan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, selepas merempuh pondok kawalan, lori yang dinaiki suspek turut merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di luar pusat berkenaan sebelum melarikan diri ke arah Pasir Puteh, Kelantan.
Malah, selepas itu kenderaan tersebut difahamkan turut merempuh sekatan jalan di Bukit Jong, Kelantan sehingga mengakibatkan seorang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian turut cedera di bahagian tangan.
Bagaimanapun kegembiraan kesemua suspek tidak bertahan lama apabila tiga daripada pelatih berkenaan berjaya ditahan polis.
"Dua daripada pelatih berkenaan kemudian berjaya ditahan di Batu 11 berhampiran Bukit Bunga, Jeli, Kelantan kira-kira 12.20 tengah hari tadi, manakala seorang lagi diberkas kira-kira sejam kemudian berhampiran kawasan yang sama," katanya.
Manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.
Polis Terengganu dengan kerjasama polis Kelantan kini sedang giat menjalankan operasi mengesan pelatih berkenaan.
Polis juga turut menemui semula lori yang digunakan oleh kesemua suspek di kawasan berhampiran.
Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 307, 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 19(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).- Bernama

SECOND NEWS:: Usaha lolos gagal

Empat pelatih pusat serenti itu melarikan diri dengan menaiki lori pembekal makanan kira-kira jam 10.15 pagi semalam, dan dipercayai mahu ke utara kerana tiga darinya berasal dari Kedah dan seorang lagi dari Melaka, namun gagal.
Ketua Operasi Kelab Sahabat Keselamatan Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ), Che Aziz Yusof berkata, maklumat mengenai empat pelatih itu diterima dari ahli di Pasir Putih yang mengatakan lori dinaiki empat pelatih itu dari Machang ke Tanah Merah.
“Bertindak atas maklumat di SKTMJ bertindak mengejar lori yang mereka naiki terbabas dan masuk ke longkang berdekatan stesen minyak.
“Mereka keluar daripada lori berkenaan ke stesen minyak untuk mencuri sebuah lagi kenderaan, namun cubaan tersebut gagal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, usaha empat pelatih itu melarikan diri gagal apabila tiga darinya sudah berjaya ditangkap dan seorang lagi masih diburu kerana masih lagi berada di kawasan sekitar.
“Kami di SKTMJ akan cuba membantu dan memantau untuk sama-sama menangkap seorang lagi pelatih tersebut,” katanya.
Antara pihak yang bertindak tangkas dalam operasi penangkapan tersebut adalah polis, SKTMJ dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Besut kira-kira jam 10.45 pagi memaklumkan kejadian itu.
“Lori yang dilarikan empat pelatih lelaki berkenaan terlepas ketika melalui sekatan jalan raya di Bukit Yong sehingga menyebabkan salah seorang anggota trafik terpaksa mengejar mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, berlaku pintas memintas ketika Lans Koperal Anuar Ali, 30, yang menaiki motosikal semasa cuba menahan lori itu dan anggota itu jatuh ketika dihimpit lori itu.
Mohd Kamal berkata, akibat kejadian itu Anuar terbabas dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan cedera ringan badan serta dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan.
petikan dari: SINAR HARIAN EDISI TIMUR
berita2 lain?? KLIK SINI
OK!! Sangt mengejutkn bila tgh2 duk termenung sorng2 kat kedai.. sementra yg lain masih tdor.. tb2 bunyi cam accident n siren polis yg kuat.. dekt sngt bunyinyer.. blew ak bagun nk intai.. tb2 2 orng berbaju merah lari betul2 depn kedai ak n jip pajero meluru dari arah depn dengan kuat.. trun cept2 bersama btang kayu n kejar 2 orng berbaju merah td.. ditmbah dengn orng2 kmpung dn yg lain2 trut kejar dorng n masing dengn besi, kayu n ad yg pegng parng kat tgn... SUMPAH ak mcm shock n takot gak...
Ak mals nk citer pnjg n korng baca sendirilh kt berita kat ats tuh..
Nak tgk muka dorng yg melarikn diri tuh??? NAH!!! EXCLUSIVE!
Laku fotostat kt kedai ak semalam coz orng kg sbuk duk fotostat muka dorng untk diedar kat seluruh kawasn berdekatn coz sorng lg masih terlepas yg bernombor 197/11 tu..
N pg nih.. ak msih tak sure ngan berita terbaru samada dh diberkas blum yg sorng lg tuh..
SEKIAN! saya melaporkn untk BERITA KAMPUNG BATU 11!!! hahahaa

2 comments:
mantap la. pemberita baru k?kikiki :)
ngee~~ ad bkat jd reporter ni dop k.long?? hehe
Post a Comment