![]() |
| Terima kasih menjadi seorg yg hebat untuk sy. |
Ak tak tahu sejak bila kami bergelar sepasang kekasih. Hubungan ini terjalin tanpa di'declare' secara langsung. My mum pun dah tahu pasal ak dengan dia. And his mum pun dah tau. Ak harap hubungan yg terjalin kali ini tak kan sia-sia. Ya. Setelah sekian lama akhirnya aku mula jatuh hati pada dia. 7 malam berturut-turut aku buat solat Istikharah dan berdoa agar ape saje pilihan yang aku buat adalah yang terbaik untuk aku. Ak harap dia adalah pilihan yg tepat.
![]() |
| Terima kasih menceriakan hari-hari sy. |
Awak.
Kehadiran awak banyak merubah hidup sy. Terima kasih kerana telah menghidupkan balik hidup sy yg dulunya suram. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari sy. Terima kasih kerana sentiasa mencuba untk buat sy tersenyum. Terima kasih sebb sanggup bersusah payah untuk sy. Terima kasih ambil berat pasal sy. Terima kasih menyayangi sy. Terima kasih hadir dalam hdup sy.
Sebelum ini terasa sungguh kosong sekali hidup sy. Tanpa arah tuju. Tanpa
![]() |
| Terima kasih untuk kasih dan sayang yg diberi. |
Ya Allah.
Terima kasih kerana pertemukan aku dan dia. Semoga dialah jodoh yg telah kau tetapkan untuk ku. Semoga dialah yg sejati dunia akhirat. Semoga dialah yg terakhir. Semoga aku tidak akan gagal lagi kali ini. Semoga ak mampu bahagia bersama dia. Semoga hati ini tidak akan kecewa lg. Sungguh. Aku sudah terjatuh hati pd dia. Semoga pilihan hati ini tidak akan salah lg. Ya Allah. Jika dia tercipta untuk bersamaku sehingga ke syurgaMu, maka Kau permudah dan percepatkanlah urusan penyatuan kami. Dan restuilah serta berkatilah hubungan yg terbina itu. Aku mohon sesungguh hatiku Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.
P/s: Tolong doakan kami supaya target nak kahwin tahun 2015 tercapai. =)







